Assalamualaikum...
Mesti semua nak tahu kat mana gambar ini diambil.... ada yang boleh teka x?...cantik bukan view dia ala-ala kampung gitu... okay ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan panorama seperti berada di kampung...
Meh nak throwback citer sikit bagaimana perjalanan saya sampai ke sana...k saya dan kawan-kawan serumah telah merancang pergi ke Tadom Hill Resort pada hari jumaat bersamaan 3 November 2017...kami memulakan perjalanan pada pukul 8.00pg-9.30pg..masa yang diambil hanya 1jam 30minit...
Tadom Hill Resort ini terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor...lokasi tempat ini tidak jauh daripada pusat bandar Kuala Lumpur..hari operasi Tadom Hill ini ialah selasa hingga ahad...
Sampai di sana kami telah memilih pakej biasa iaitu berharga RM18(pelajar)..harga asal untuk pakej biasa ini ialah RM22...Memang berbaloi dengan harganya.... sebab view dia memang cantik kerana di kelilingi dengan rumah penginapan yang diperbuat daripada buluh...selain itu, airnya yang jernih memang buat saya dengan kawan-kawan teruja untuk mandi...
Saya sangat teruja dapat naik di atas rakit buluh..sebab ini kali pertama saya merasainya...
Tadom Hill Resort ini juga menyediakan pelbagai pakej lain yang menarik bagi mereka yang ingin merasai aktiviti outdoor...Antara aktiviti yang disediakan ialah flyingfox, ATV , rock climbing, obstacle dan sebagainya..
K..itu saja perkongsian saya..bagi mereka yang tidak pernah lagi pergi... boleh la cuba datang dan nikmati keindahan semulajadi di Tadom Hill Resort... 😊😊😊😊






0 comments:
Post a Comment