Saturday, 21 October 2017

IKAN CELUP TEPUNG



Assalamualaikum,

Sape pernah pergi Terengganu...?? okay seperti yang kita ketahui Terengganu ni terkenal dengan makanannya yang best..tahu per...mestilah nasi dagang dengan kepok lekor kan...tapi de satu lagi makanan spesial kat sini iaitu ikan celup tepung...:) Tapi sekarang ni bukan sahaja ikan celup tepung bahkan banyak lagi yang boleh dicelup  seperti ketam, udang dan sotong...memang sedap makan panas2...tambahan harganya pun murah ...

Pada 15 Oktober 2017, saya berkesempatan merasai keenakkan ikan celup tepung ini di pantai pandak, Chendering,Kuala Terengganu..memang harga dia berpatutan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan...udang celup tepung 25 ekor harga cuma RM 5.00, sotong pula harga dia mengikut saiz anggaran harga RM2.50 hingga RM3.00...manakala ketam pula 3 ekor berharga RM 5.00 sahaja..

Memang OHSEM...sambil makan kita boleh merasai angin pantai...selamat menjamu selera...



Thursday, 12 October 2017

Ini Kisah Saya

Kredit: google.com
Ini Kisah Saya | Hi, Assalamualaikum semua. Saya Cik Katak Biru. Kenapa katak biru? Katak kan hijau.. Ikut suka saya la.. katak saya kan.. Sebenarnya, katak biru angan-angan saya je. Biasa kat rumah saya jumpa katak warna hijau. Tapi teringin nak tengok katak biru.

Katak ini unik sebenarnya dengan bentuk badannya yang lembik. Biasa kalau katak hijau dia boleh menyamar kat rumpat dan daun-daun. Tetapi berbeza pulak dengan katak biru yang kita boleh nampak dengan jelas.

Sebenarnya, saya pernah mengalami peristiwa lucu dengan katak ni...saya boleh tak sedar katak ni de dalam kasut...saya sarung lah kasut gi kelas.. rupanya satu hari katak de dalam kasut... saya sedar bila nak gi solat... macam de something dalam kasut..haha..tragis katak tu mati kelemasan...sekian kisah katak dari saya...